Soalan Lazim

Kursus kahwin bersemuka terbuka kepada Warganegara Malaysia (semua negeri) dan bukan warganegara (mempunyai pasport). Sijil sah seluruh Malaysia.

  • Lelaki/Perempuan yang akan bernikah kembali dengan pasangan sama
  • Janda kematian suami
  • Duda kematian isteri
  • Poligami
  • Janda berumur 45 tahun ke atas
  • Duda berumur 50 tahun ke atas

Kursus Kahwin Bersemuka : Sijil akan diserahkan kepada peserta sejurus setelah tamat kursus iaitu pada hari kedua kursus.

  • Satu salinan fotostat kad pengenalan
  • Satu salinan fotostat pasport (Jika bukan warganegara)
  • Sijil Digital Vaksin (Lengkap 2 dos melepasi 14 hari)
  • Sekeping gambar berwarna berukuran pasport
    • Lelaki : Bersongkok (Jika tidak bersongkok pastikan rambut pendek & kemas)
    • Perempuan : Bertudung
    • Latar belakang gambar (background) bebas (Tidak ditetapkan warna tertentu)
  • Yuran RM120 seorang (sehingga Feb 2023)
  • Yuran RM150 seorang (Mulai Mac 2023)
  • Yuran RM120 seorang (Bulan Puasa sahaja)
  • Salinan sijil perakuan memeluk islam (Jika ada pertukaran nama)
  • Salinan fotostat sijil kelahiran/surat beranak (Jika tiada ic)

Satu sijil hanya untuk sekali pernikahan sahaja. sekiranya cerai hidup perlu mengambil semula kursus kahwin. Pengecualian hanya diberikan mengikut had umur.(Rujuk soalan No. 2)

Kursus kahwin dibolehkan ambil awal kerana sijil kursus tamat tempoh 10 tahun dan pastikan anda simpan sijil tersebut dengan baik untuk mengelakkan sebarang kerosakan / hilang.

Etika pakaian

Etika Pakaian Lelaki

– Baju Melayu
– Kemeja, Kurta, T-shirt kolar
– Seluar Slack
– Seluar Jeans hitam yang tidak koyak
– Bersongkok / kopiah
*T-shirt kolar bulat tidak dibenarkan

Etika Pakaian Perempuan

– Baju kurung
– Jubah (Tidak ketat)
– Kebarung
– Kurung Pahang
– Bertudung (Wajib)
*Berseluar jeans bagi perempuan tidak dibenarkan